Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Balingian, Yussibnosh Balo gembira melihat perubahan positif dalam kalangan penduduk setempat yang semakin sedar akan kepentingan pendidikan.Katanya isu pendidikan dan sekolah antara yang paling popular dibangkitkan oleh rakyat kepada beliau sepanjang turun berkempen sejak lima hari lepas.“Mereka sudah melihat betapa pentingnya pendidikan. Mereka sudah tahu (dengan) pendidikan (yang lebih baik, mereka) akan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya semasa ditemui di Kampung Jebungan di sini.Yussibnosh berkata pemerhatiannya juga mendapati semakin ramai rakyat menyedari pemberian subsidi oleh kerajaan sama seperti diberi ikan yang habis apabila dimakan.“Kalau kita beri pendidikan yang bagus kepada mereka samalah seperti memberi pancing kepada mereka (sebagai cara untuk menyara kehidupan lebih baik),” katanya yang gemar memancing pada waktu lapang.Katanya pendidikan yang dimaksudkan tidak bererti tahap universiti semata-mata tetapi juga pengajian teknikal yang pada masa ini menjanjikan pendapatan lumayan.Mengenai kempen beliau, Yussibnosh, 48, berkeyakinan penuh dapat mempertahankan kerusi itu yang sebelum ini disandang oleh bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Katanya jentera pilihan raya BN juga lancar, jauh berbeza dengan jentera pihak lawan yang banyak bergantung kepada tenaga parti dari luar Sarawak untuk berkempen.Dalam pilihan raya kecil pada 29 Mac ini, Yussibnosh yang juga bekas Pegawai Daerah Dalat berdepan cabaran calon PKR Abdul Jalil Bujang.
Home
PENDIDIKAN PENTING UNTUK KEJAYAAN-YUSSIBNOSH
Posted by
meradongtoday
|
Friday, 21 March 2014 |
17:18:00
No comments: