Riuh pembangkang dok perlekeh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kononnya mengharamkan komik kartun kegemaran ramai Ultraman tanpa sebab kukuh. Ada yang dakwa kini kena peminat Ultraman kena caru wira baru sebab KDN dah haramkan di Malaysia.
Tak ada siapa tanya kenapa, dan semuanya tuding jari nak cari salah KDN saja. semua nak spin bikin orang marahkan kerajaan.
Rupa-rupanya komik yang menjadi bahan bacaan kanak-kanak dan remaja itu sudah bikin onar.
Dalam satu muka surat, terjemahkan, satu watak ultraman sebagai Allah yang jika tidak diharamkan sudah pasti akan menyebabkan umat Islam di negara ini 'mengamuk sakan'.
Paling penting yang diharamkan komik yang menghina Islam saja, bukannya watak dan keseluruhan penerbitan tersebut.
Ingat lagi macam mana reaksi umat islam terhadap kartun menghina Nabi Muhamad satu ketika dulu.
Demonstrasi bantahan di sana-sini. Inikan pulak, samakan ultraman dengan Allah.
Berikutan itu, pada Khamis, KDN telah mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.
Buku dalam bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya ialah Network Printers.
Mengikut kenyataan kementerian itu warta larangan itu berkuat kuasa sejak 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," demikian menurut kenyataan itu.
Difahamkan punca kepada pengharaman itu adalah penggunaan istilah 'Allah' pada salah satu karakter Ultraman yang dipaparkan dalam buku komik itu.
Dan salah satu dialog yang terdapat dalam buku komik itu menyebut; "...Beliau (ultraman) dianggap sebagai dan dihormati sebagai Allah atau elder semua wira ultra..."
Sumber KDN memberitahu, "Ternyata amat jelas sekali penggunaan istilah Allah yang dirujuk pada satu karakter atau watak dalam siri komik ultraman itu boleh membawa kekeliruan kepada kanak-kanak yang beragama Islam yang membacanya. Kepada penganut agama Islam 'Allah' tidak berwajah atau menyerupai mana-mana makhluk. Oleh yang demikian KDN berhak dan harus bertindak sebelum ia menjadi bahan bacaan umum yang meluas."
Menurut pegawai itu, mereka yang disabitkan melakukan kesalahan menerbitkan bahan bacaan seperti ini boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.sumber
No comments: