Hafiz memberitahu dia memang dalam proses mengurangkan berat badan kerana mahu menjaga imej dan penampilannya disamping kesan daripada letih bekerja. Bahkan Hafiz berani dan bersedia untuk menjalani ujian air kecing demi membuktikan dia bersih daripada sebarang pengambilan dadah.
“Bila orang tengok kita gembira, mula lah mereka tak senang dengan kita. Kenapa saya nak kena ambil dadah kalau saya tahu yang dadah itu sendiri akan membunuh karier kita. Impak dan kesan pengambilan dadah tu sangat dahsyat. Kenapa saya nak rosakkan diri saya dengan melakukan perkara sebegitu?
“”Kalau ada pihak yang mendakwa saya mengambil dadah, saya bersedia untuk membuat ujian urin. Saya berani katakan yang saya bersih”, tegasnya.
Tidak setakat dakwaan ambil dadah, timbul pula dakwaan kononnya segala kejayaan yang dikecapi hari ini bukan atas usaha gigihnya selama ini sebaliknya dengan cara menggunakan ilmu sihir. Senang kata, Hafiz mengamalkan ilmu hitam untuk untuk mendapatkan tawaran nyanyian juga memenangi pelbagai anugerah.
“Saya amalkan ilmu hitam? Itu mengarut! Bagi saya kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya tak jadi penyanyi. Mak ayah saya berpesan, kalau nak sesuatu itu biar atas daya usaha kita sendiri. Apa yang saya kecapi ini atas usaha gigih saya sendiri. “, kata Hafiz sekaligus menyangkal dakwaan tersebut.
Bagaimanapun kata Hafiz, dia tidak marah dengan dakwaan tersebut sebaliknya menganggap itu adalah lumrah.
“Biasalah… manusia ni kadang-kadang tak boleh tengok orang lain senang. Mulalah timbul buruk sangka dan andaian yang bukan-bukan terhadap kita”, ujarnya sambil tersenyum
No comments: