'/>

JAJ buat siasatan terhadap lelaki yang buat laporan polis berhubung tidurnya terganggu oleh Azan Subuh

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Johor (JAJ) akan menjalankan siasatan dakwaan seorang lelaki Melayu yang membuat laporan polis kerana mendakwa tidurnya telah terganggu oleh laungan tarhim dan azan Subuh yang kuat.

Menurut laporan dariBerita Harian, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, mengakui JAJ telah pun menerima laporan daripada lelaki tersebut dan mengarahkan pihak kadi menjalankan siasatan.

“Memang kita ada terima laporan. Bagaimanapun kita bersangka baik dan menunggu hasil laporan daripada JAJ untuk tindakan lanjut,” kata Noh dalam laporan tersebut.

Lelaki yang berusia 56 tahun itu mendakwa, tidurnya terganggu akibat bacaan tarhim serta laungan azan Subuh yang kuat di kediamannya di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang.

Dakwa lelaki itu, laungan tersebut 'terlalu kuat sehingga dia tidak selesa dan terganggu'.

Berikutan itu, lelaki tersebut turut melaporkan perkara itu kepada Pejabat Agama Islam Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), selain berjumpa dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Menurut laporan lagi, tindakannya itu telah tersebar di laman sosial Facebook sehingga mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

Salinan laporan polis yang dibuat lelaki itu juga telah dimuatnaik oleh portalohartis.comdan mendapat ribuan maklumbalas dari orang ramai

Read more at:

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY