'/>

KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT DIPERCAYAI DIDERA

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan, berusia setahun lapan bulan yang dipercayai didera Khamis lepas.
Mangsa yang mempunyai adik kembar perempuan, tinggal di Bukit Katil di sini, dikejarkan ke Hospital Melaka dengan ambulans selepas didapati tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.45 petang, 3 April lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata laporan bedah siasat pada Jumaat mendapati terdapat kesan bengkak di bahagian kepala kanak-kanak perempuan itu akibat hentakan benda tumpul yang masih baru selain kesan lama dipercayai didera.
Beliau berkata ekoran itu, polis menahan suspek berusia 30-an yang bekerja sebagai posmen dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa, pada 4 petang Ahad lepas.
"Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya di sini, hari ini.
Raja Shahrom berkata ibu kanak-kanak itu yang berusia 20-an masih belum dipanggil memberi keterangan ekoran masih menyusukan seorang lagi anak perempuannya.
- BERNAMA
sekadar  hiasan

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY