DUA beradik lelaki yang digeruni penduduk Darya Khan, Pakistan kerana menjadikan mayat sebagai makanan utama ditahan polis selepas kepala budak lelaki berusia tiga tahun ditemui di dalam rumah mereka.
Mohammad Arif, 35, dan adiknya Mohammad Farhan, 30, ditahan untuk kali kedua selepas mereka dipenjara selama dua tahun kerana mencuri mayat dari kubur sebelum ini.
Dua beradik kanibal itu baru dibebaskan dari penjara awal tahun lalu kerana selepas mendapati mencuri lebih 100 mayat unuk dijadikan makanan seharian.
Dalam kejadian terbaharu, prilaku ngeri dua lelaki itu dikesan selepas penduduk kampung berkenaan mendapat bau yang tidak menyenangkan dari rumah mereka.
Akibat takut untuk bertanyakan kepada dua beradik tersebut, penduduk membuat laporan polis dan meminta pemeriksaan dilakukan.
Hasilnya, polis menemui kepala kanak-kanak berusia tiga tahun manakala tubuh bandannya dipercayai telah menjadi makanan dua beradik terbabit sejak beberapa hari lalu.
Sehubungan itu, dua beradik kanibal berkenaan dijangka akan kembali dipenjarakan kerana bimbang mereka melakukan pembunuhan untuk mendapatkan daging manusia pada masa akan datang selain kesalahan mencuri mayat dari kubur.sumber
Home
MAYAT MANUSIA,MAKANAN HARIAN DUA BERADIK INI
Posted by
MERADONG TODAY
|
Tuesday, 15 April 2014 |
09:52:00
No comments: