'/>

Anak bunuh dan kerat bapa sendiri,dakwa dirinya Tuhan


Maine – Seorang lelaki yang didakwa membunuh dan mengerat mayat bapanya mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Tuhan, bapa kehidupan’ dan meminta media mengikutnya dalam laman Twitter.

Mengikut laporan penyiasat, Leroy Smith III, 24, – yang diarahkan menjalani penilaian kesihatan mental – mengakui mengeluarkan tulang bapanya sebelum ditanam dalam hutan kerana menderanya secara seksual.

Smith didakwa memberitahu pegawai polis dia membunuh bapanya, Leroy Smith Jr, 56 dengan menikamnya di leher dan menggunakan tiga pisau untuk memotong badan mangsa.

Smith mendakwa merakamkan beberapa minit peristiwa itu yang disebarkan menerusi YouTube dan Twitter sebelum memadam dan membuang rakaman dari kamera serta komputernya.

Defendan yang tidak dibenarkan ikat jamin tidak merekodkan sebarang pengakuan ketika prosiding itu.

Ketika meninggalkan mahkamah, dia sempat memberitahu wartawan: “Aku Tuhan, bapa kehidupan.”

Dalam satu wawancara televisyen WGME, Smith menyuarakan keinginannya untuk menceritakan peristiwa itu.

Smith mengaku melakukan pembunuhan itu dan bangga kerana berjaya mendapat perhatian umum.

“Saya berbuat begitu kerana ingin popular. Bagaimana lagi caranya mendapat perhatian kalau bukan begini. Saya bukan sesiapa di sini (Maine),” katanya.

Sementara itu, akhbar Herald Maine melaporkan Smith menikam bapanya pada urat leher dan mengeratnya sebelum menyumbat mayat mangsa dalam 16 beg sampah berlainan.

Dia kemudian berhenti di beberapa kedai peralatan untuk membeli produk pencuci termasuk ammonia dan peluntur selain menyewa pengewap permaidani untuk menghapuskan bukti.

Katanya, dia pada awalnya membuang mayat itu ke dalam tempat pembuangan sampah di luar apartmen tempat tinggalnya, tetapi mengambilnya semula kerana ‘sampah’ itu tidak diangkat pekerja pembersihan.

Dia seterusnya memindahkan mayat mangsa ke dalam kereta dan memandu ke Richmond sebelum membuang sampah berkenaan di jalan Lincoln.

Dia merancang kembali ke situ dan menanam mayat bapanya pada Isnin.- Agensi

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY