'/>

KDN bincang Dengan MB dan KM benteras perjudian

Sendiket perjudian haram di negara ini semakin 'panas punggung' selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) berikrar akan membanteras kegiatan itu habis-habisan.

Bagi tujuan itu, KDN akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam masa terdekat ini sekali gus mencari penyelesaian terbaik dalam menangani permasalahan itu pada masa hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin usaha KDN yang serius mahu membanteras sindiket perjudian haram akan mendapat sokongan daripada pemimpin peringkat negeri termasuk negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.

“Saya akan mencari waktu yang sesuai untuk berjumpa Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi berbincang dan mencari jalan terbaik menanganinya.

“Masalah perjudian haram ini turut berlaku di negeri-negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang dan di Selangor misalnya, saya rasa kegiatan ini turut berleluasa di sana.

“Saya yakin semua kerajaan negeri termasuk yang berada di bawah pakatan pembangkang akan menyokong usaha yang dilakukan KDN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa KDN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini. - KOSMO!

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY