'/>

ANWAR SERANG HENDAP PRESIDEN PAS-DR ZUHDI

Ucapan Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, di kediaman Menteri Besar Selangor, 7 Ogos 2014 :
Sebelum hari raya, saya telah mengambil pendekatan untuk menyerang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) (audiens bertakbir Allahuakhbar) dalam isu yang hanya didengari oleh 5,000 rakan-rakan facebook. Saya kritik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat disebabkan dua perkara.

Yang pertamanya, saya maklumkan oleh sahabat saya, Al Fadhil Ustaz Zaharuddin Muhamad, ada suatu bentuk serangan-serangan hendap yang dilakukan ke atas peribadi Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan juga Yang Mulia Raja Idris. Bahawa mereka inilah yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim disebabkan kepentingan peribadi.
Serangan itu diagungkan secara serangan hendap menggunakan sebuah akhbar portal, akhbar internet. Dan perkara itu telah diambil tindakan oleh Ustaz Zaharudin merujuk siapakah wartawan yang telah melakukan serangan-serangan seperti itu. Dan wartawan itu memaklumkan bahawa serangan itu datang daripada inner circle ataupun orang-orang sekeliling Ketua Umum PKR.
Dan ini menyebabkan saya sebagai seorang anggota Parti Islam Se-malaysia tidak boleh berdiam diri apabila Presiden PAS dan juga Yang Mulia Raja Idris, saya kenal semenjak saya berada di UK dahulu diserang secara hendap. Maka, apakah bila ada serangan hendap, kita menyerang semula kita dianggap sebagai orang yang tidak amanah dan berjuang untuk kepentingan peribadi.BAGA SEPENUHNYA

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY