'/>

PEMBAHAGIAN HARTA KARUN RM60 JUTA ??

Rakyat tertanya-tanya agenda sebenar Lajnah Politik PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada Khamis ini kononnya bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor. Desas desus yang hangat berlegar di media sosial ketika ini berkenaan “pembahagian harta karun RM 60 juta” yang di “wakaf” kan oleh Anwar Ibrahim. Sejauh mana kebenaran khabar-khabar angin ini masih belum dapat dipastikan.

Tambahan pula menurut Mustafa Ali, mesyuarat tersebut akan diadakan pada sebelah malam di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Sekiranya menurut khabar angin ini benar, maka “lebat” lah poket pemimpin PAS nanti.

Keputusan mesyuarat lajnah politik pada kebiasaannya akan dibawa kepada mesyuarat PAS Pusat. Ini secara langsung akan menentukan nasib Wan Azizah samada beliau berpeluang atau tidak menjadi Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat PAS Pusat pula telah ditetapkan pada 17 Ogos ini bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor tersebut. Sebelum ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Ianya berlangsung di sebuah hotel di Terengganu itu turut dihadiri Mustafa Ali, Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.
Sumber pru14.tv

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY