'/>

Personaliti terkenal tinggalkan TV3 hari ini

Post Pic

SHAH ALAM: Beberapa personaliti TV3 mengakhiri perkhidmatan mereka di stesen tv swasta itu hari ini, selepas menerima Skim Pembehentian Kerja (MSS- Mutual Separation Scheme).
 
Antaranya Karam Sing Walia, Zakiah Anas, Azizah Ariffin, Azzura Azizul Azman dan banyak lagi.
 
Antarapos diberitahu, pemberhentian melalui MSS itu melibatkan sekitar 600 pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST).
 
Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro.   
 
Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM.
 
Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini.
 
Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka.
  
Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu.
 
Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu.sumber
 
Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY