Semua orang tentu nak tahu apakah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah merasa gerun atau tidak kena berdepan dengan barisan 14 peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semuanya handal belaka dalam perbicaraan rayuan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Ini adalah salah satu soalan yang ditanya kepada ketua peguam pendakwa kes itu dalam satu forum anjuran Pemuda UMNO di Kelana Jaya Selasa malam.
Bukan setakat ini,Shafee ditanya bertalu talu berbagai soalan lain oleh hadirin yang penuh sesak di forum itu.
Kira-kira 300 orang hadir pada forum yang diadakan pejabat Akademi Kepimpinan Kapten Hussein yang terletak di tingkat 12 sebuah bangunan di situ.
Kerana ruang yang terhad sebahagian hadirin bersesak dalam bilik forum manakala lain-lainnya di luar dan ada yang melihatnya menerusi CCTV.
Ia mengambarkan betapa ramainya orang yang cukup berminat hendak tahu lebih terperinci kes itu.
Shafee dengan tenang dan jelas menjawab satu persatu soalan pada forum lebih dua jam itu.
Antara yang tidak kurang menarik pada forum itu Shafee mendedahkan keterangan sulit Saiful ' in camera' di mahkamah ( yang sebelum ini hanya untuk hakim dan tidak boleh disiar) senario semasa Anwar hendak meliwatnya dengan permulaan ayat ' Can 1 f**k you today'.
Mengenai barisan peguambela Anwar yang ramai,Shafee kata beliau lebih suka berdepan dengan jumlah mereka yang ramai.
Menurutnya sebenarnya lebih senang berentap dengan jumlah peguambela yang ramai berbanding satu sahaja.
Baginya kalau ramai biasanya mereka terdedah kepada beberapa kelemahan nak selaras antara satu sama lain dan tidak fokus.
Sebaliknya kalau seorang peguambela saja orang itu lebih fokus dan semua ada dihujung jarinya.
Shafee berkata barisan peguambela Anwar cuma 'pusing keliling' dalam hujah mereka dan lebih tumpu kepada dakwaan konspirasi politik.
Beliau pula,katanya, terjun terus ke kancah fakta dan asas dakwaan liwat itu yang cukup kejap.
Atas sebab itu katanya beliau cukup berkeyakinan dakwaan liwat itu benar dan bukan rekaan.
Malah katanya beliau samasekali tidak akan terima tugas sebagai ketua peguam pendakwa sekalipun diarah oleh Perdana Menteri jika kes itu tidak kukuh.
Menurutnya beliau tidak akan terima arahan sesiapapun jika ia bertujuan untuk pekena Anwar.
Katanya tidak mungkin ada konspirasi dalam kes itu kerana jika betul ia memerlukan penglibatan terlalu ramai orang.
Ini dari doktor yang mula-mula memeriksa Saiful,pakar DNA,polis yang melakukan siasatan,lima orang hakim dan sebagainya.
Lagipun katanya semasa mula-mula nak buat pemeriksaan Saiful mula pergi ke Hospital Tawakal...tutup setengah hari...kemudan ke Pusrawi..leps periksa diminta doktor situ pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL)
Di HKL Saiful kena tunggu lama untuk jalani pemeriksaan.
Katanya kalau semuanya sudah diatur Saiful sepatutnya boleh terus dihantar pemeriksaan ke satu tempat sahaja dna tidak perlu tunggu lama.
Shafee menceritakan semasa beri keterangan ' in camera' Saiful memberitahu mahkamah dia diliwat sembilan kali dari April 2008 hingga kejadian terakhir pada 26 Jun, 2008.
Anwar dikatakan antara lain memulakan aksi dengan gentel puting Saiful.
Ketua Umum PKR itu dikatakan tidak suka pakai kondom.
Sebab itu Saiful menyediakan KY Jelly untuk elak sakit.
Anwar dikatakan cukup rakus dalam aksi liwatnya.
Shafee menyifatkan Saiful sebagai budak kopi yang jadi hamba seks Anwar.
Saiful tidak rela tetapi dia terpaksa layan kehendak Anwar sebagai majikan dan tokoh yang berpengaruh.
Menurut beliau ia adalah sama seperti sexual harassment yang berlaku dalam mana-mana pejabat antara majikan dan pekerja..cuma ini melibatkan seorang pekerja lelaki.
Shafee juga menilai orang seperti Anwar yang tidak pernah mahu mengaku beliau meliwat adalah sangat merbahaya jika memimpin negara.
Beliau bertanya bagaimana jika Anwar misalnya pergi berunding untuk pembelian senjata.
Shafee menceritakan kisah bagaimana bekas Presiden Indonesia Sukarno yang cuba diperas ugut masa melakukan lawatan ke Soviet Union masa zaman pemerintahannya dulu.
No comments: