'/>

Malaysiakini "SPIN" isu rundingan Petronas dengan Kerajaan Sarawak

Bila masa Ketua Menteri Sarawak mengatakan rundingan gagal dengan Petronas?
(Kenyataan )Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan menghentikan rundingan untuk mendapatkan kenaikan royalti minyak dan gas sehingga keputusan positif diperolehi.
Beliau berkata, tuntutan itu wajar kerana rakyat Sarawak berhak menikmati wang hasil bumi itu untuk meningkatkan taraf hidup setanding penduduk negeri lain.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak mampu untuk mendesak Kerajaan Pusat supaya mempertimbangkan kenaikan royalti daripada lima peratus kepada 20 peratus itu tanpa sokongan padu rakyat.
“Sokongan yang saya maksudkan bukan hanya pada waktu pilihanraya sahaja, tetapi sokongan sepanjang masa terutamanya dalam isu tuntutan royalti ini.
“Dengan adanya sokongan padu segenap lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik, suara saya akan lebih didengari oleh Kerajaan Pusat dan PETRONAS,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pekebun Kecil dan Usahawan Komoditi Kebangsaan, di sini, semalam.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY