Bantahan Bersih2.0 di Sarawak tiada asas dan melanggar Perlembagaan Persekutuan
#KLChronicle : Kami di #KLChronicle akan berterusan membongkar segala fitnah dan tipu helah jijik pihak pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat dalam isu persempadanan semula di Sarawak.
Perbuatan jijik Bersih dan pembangkang wajar dibendung sebelun ianya menjadi lebih buruk seterusnya mempunyai "negatice repercussion" kepada sistem pilihanraya negara.
Tahukah Anda?
Penggunaan istilah 'Inkuiri Awam (Public Inquiry) dalam urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya oleh pihak pembangkang dan media pro- pembangkang adalah tidak tepat dan berniat untuk mengelirukan pemikiran rakyat.
Istilah sebenar mengikut Seksyen 5, Bahagian Dua Jadual ke 13 Perlembagaan Persekutuan adalah 'Siasatan Tempatan' (Local Inquiry) yang mana ia adalah siasatan secara tertutup yang hanya mlibatkan Kerajaan Negeri/ Pengundi/ PBT di bahagian pilihanraya berkenaan yang membantah Syor Persempadanan Semula yang dicadangkan oleh SPR.
Mana ada "inkuiri terbuka", dalam Perlembagaan cuma diperuntukkan "Local Inquiry" yang mana ia adalah siasatan secara tertutup!!
Ia bukanlah satu proses Siasatan Tempatan yang terbuka kepada umum.
Dalam hal ini, usaha pihak tertentu khususnya Bersih dan media pro pembangkang cuba mempengaruhi rakyat untuk turut serta dalam proses siasatan tempatan itu adalah tidak selaras dengan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: #KLChronicle
No comments: