Ini kali pertama, mana-mana Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri-negeri di Malaysia memperlihatkan tahap ketidakpuasan hati berhubung prestasi kerja agensi-agensi tertentu di negara ini.
Dalam satu pertemuan dan taklimat tertutup di Kuching, Khamis lepas, Adenan Satem menyatakan tidak puas hatinya terhadap pegawai-pegawai penguatkuasa imigresen negeri itu.
Sebuah klip video yang dirakamkan menggunakan kamera telefon dan dirakamkan oleh seorang pegawai dari jabatan tersebut ketika dia dan 20 orang pegawai daripada 20 agensi yang lain - dari negeri dan persekutuan - telah diminta hadir ke bilik operasi negeri di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya.
Selama ini, tidak ramai yang melihat Adenan Satem naik angin walaupun cukup terkenal dengan kenyataan dan reputasinya, 'jangan main-main dengan saya'.
Adenan dilihat hilang sabar kerana kegagalan Jabatan Imigresen untuk menghalang kebanjiran pendatang haram Suluk dan Bajau di Miri.
"Sudah ada 700 Bajau dan 400 Suluk yang mencuri ikan di Miri dan (anda masih kata), anda tidak tahu tentangnya," Adenan kedengaran bersuara di dalam klip video berkenaan.
"Sekarang anda tahu, (anda bagi) alasan biasa, 'tidak cukup tenaga kerja, tidak cukup itu, tidak cukup ini. Stupid, bodoh," katanya Adenan yang jelas marah.
"Saya tidak mahu sebarang alasan berhubung tidak cukup tenaga kerja." Adenan juga berkata, "Separuh kakitangan bertugas di pejabat. Lebih pekerja di pejabat, kurang pekerja di luar."
Dengan melabelkan sesetengah daripada mereka sebagai 'pengecut', Adenan berkata, mereka seringkali memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Bajau dan Suluk.
Kaum Suluk yang dimaksudkannya, datang dari selatan Filipinan yang bergolak dan tidak takut langsung dengan anggota-anggota penguatkuasaan dan seringkali bertindak secara agresif ke atas pihak berkuasa.
"Alasan sebenarnya ialah, mereka takut," kata Adenan, yang turut menambah, rakyat mahukan pegawai-pegawai kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan 'berani, penuh semangat dan berdedikasi'.
"Kita memberi amaran (kepada) pihak imigresen setahun lalu tentang Sulu. Tiada apa-apa yang dilakukan sehinggalah masalah ini menjadi lebih besar. Anda tahu ke berapa ramai imigran haram berada di Sarawak? tanya Adenan kepada pegawai-pegawai yang hadir.
"Pandang rendah. Awak mahu jadi macam Sabah? Saya tak mahu jadi macam Sabah."
Dalam sidang media kemudiannya, Adenan berkata, hanya 150 orang Suluk dan Bajau yang berjaya ditahan dalam operasi terbaru manakala bakinya, 'hilang tanpa dapat dikesan'.
Menurutnya, penempatan-penempatan Bajau dan Suluk di kawasan setinggan telah pun dimusnahkan.
Walaupun dikecam, ucapan Adenan mendapat tepukan daripada para pegawai berkenaan apabila dia berkata, pegawai-pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan tempat kerja mereka, bolehlah minta bertukar, dan 'kami akan pastikan anda keluar dari negeri ini dengan secepat mungkin'.
"Mana-mana pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan perkhidmatannya dan tidak gembira berkhidmat di Sarawak, beritahu bos-bos anda. Anda boleh minta untuk dipindahkan. Kami akan menyokong pertukaran dan anda tidak akan berada lagi di negeri ini."
Menurut Adenan lagi, bukannya susah sangat untuk mendapatkan seseorang yang lebih berdedikasi untuk berkhidmat di Sarawak.
Ketua Menteri Sarawak yang diterima ramai oleh rakyat Sarawak kerana sikap merendah dirinya serta polisinya yang mempertahankan kepentingan Sarawak, turut menyatakan perkara yang sama kepada kaum guru.
"Mun si maok sitok, ndak ndak sia (kalau tak suka berada di sini, keluarlah). Jangan banyak sangat bunyi. Ada ramai orang lain yang mahu bertugas di sini. Sama ada anda berdedikasi atau sebaliknya
Sumber :theflyingkick
No comments: