Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menggambarkan dua usul yang dibangkitkan oleh ADUN Bebas Sarawak sebagai 'BODOH' dan ianya perlu ditolak oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan bersidang pada Selasa ini.
"Ini adalah usul bodoh," kata Adenan, mengulas gelaran 'Perdana Menteri Sarawak' yang diberikan kepadanya.
Dua usul yang dibangkitkan oleh ADUN Bebas Pujut, Fong Pau Teck, termasuklah menukar nama Dewan Undangan Negeri Sarawak menjadi 'PARLIMEN SARAWAK'.
"Kami percaya, usul ini tipu helah politik semata-mata. Ia diusulkan untuk mendapatkan publisiti," kata Adenan lagi.
Pada usl ketiga Fong, yang mana melibatkan cadangan untuk 'Akta Referendum' (bagi membolehkan Sarawak keluar dari Malaysia) Adenan berkata, perkara itu adalah akademik.
"Saya percay, perkara ini tidak perlu diperbincangkan lagi," kata Adenan selepas mempengerusikan mesyuarat antara PBB dan Majlis Tertinggi BN di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako.
Fong merupakan bekas ADUN DAP yang disingkirkan dari parti itu pada tahun 2013 menjadikan dia sebagai ADUN Bebas tunggal di DUN Sarawak.
Sementara itu, Adenan berkata, Kerajaan Negeri BN telah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan dan cabaran daripada Pakatan Rakyat, malah mempunyai beberapa kejutan untuk mereka.
"Tidak hanya kita boleh memulangkan perkara yang mereka bangkitkan, kita juga mempunyai kesemua jawapan yang diperlukan," kata Adenan.
Sidang DUN selama tujuh hari bermula 21 April sehingga 29 April akan menyaksikan pembentang Akta Perhutanan yang baru, yang akan memberikan penalti lebih berat bagi kegiatan pembalakan haram di negeri tersebut.
Menurut Speaker Datuk Mohammad Asfia Awang Nassar, pejabatnya telah menerima 335 soalan daripada 39 orang ADUN untuk sesi kali ini.
No comments: