'/>

Sarawak negeri ke 3 pelabur terbesar dalam PNB-Adenan

Sarawak merupakan negeri ketiga yang mempunyai pelaburan dalam unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang terbesar berjumlah 20.7 bilion unit sehingga 31 Januari lepas, kata Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem.

Beliau berkata Kuala Lumpur menduduki tangga pertama iaitu sebanyak 36.7 bilion unit diikuti Selangor pada 34 bilion.

"Sememangnya terdapat rakyat yang masih hidup dalam kemiskinan tetapi pada umumnya, kami telah dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dan ini dapat dilihat melalui pelaburan mereka dalam unit amanah PNB," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2015 oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Adenan berkata kira-kira 1.22 juta rakyat Sarawak melabur dalam unit amanah PNB.

-- BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY