'/>

Polis Marin Rampas 2,500 Batang Balak Di Sarikei


KUCHING – Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPM W5) merampas 2,500 batang kayu balak bernilai RM25,000 selepas disyaki melanggar syarat pas dikeluarkan Jabatan Perhutanan Sarawak di Jalan Pisang Emas, Kampung Seberang dekat Sarikei, semalam.


Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Asisten Komisioner N. Kalai Chelvan berkata bertindak atas maklumat awam dan risikan, seorang pegawai dan tiga anggota PPM W5 telah menemukan beberapa longgokan kayu balak di kawasan tebing sungai berdekatan Jalan Pisang Emas.

“Hasil pemeriksaan mendapati kayu bakau tersebut diperolehi secara sah namun tidak dipunggah di tempat yang sebenarnya mengikut ‘Removal Pass’ yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, berikutan rampasan itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sarikei dan semua kayu balak yang dirampas itu diserah kepada Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Sarikei untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY