'/>

Kumpulan Gangster gaduh di bazar #Ramadan

RAMADAN kali ini nampaknya negara banyak disajikan dengan cerita-cerita panas mengenai pergaduhan.

Kami yakin anda masih ingat kejadian memalukan apabila warga asing dihamun peniaga Melayu di bazar Ramadan Damansara Damai baru-baru ini.

Jika itu tak cukup memalukan, kini terdapat satu lagi kejadian yang boleh membuatkan anda ‘terduduk’ melihatkan perangai Melayu kita.

Satu pergaduhan antara dua kumpulan samseng Melayu dilaporkan berlaku di tapak bazar raya di Jalan Taiping, Klang awal pagi tadi.

Rakaman video tersebut dimuat naik oleh laman Facebook Friends of PDRM.

Ketika  aksi bergasak dirakamkan, kedengaran suara pemuda berbaju hitam mengatakan “kau bukan budak-budak, kita boleh bawak bersembanglah” ujarnya.

Kedengaran juga salah seorang  daripada mereka meminta rakan mengambil pistol dari dalam keretanya.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY