'/>

Datuk Ting Check Sii berhasrat tanding DUN Meradong

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Meradong
Datuk Ting Check Sii
Datuk Ting Check Sii berhasrat bertanding di kerusi DUN Meradong menggunakan tiket SUPP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beliau yang juga bekas ADUN Meradong berjanji bekerja keras membantu rakyat di kawasan Meradong jika beliau dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan itu buat kali kedua.
“Saya percaya UPP tidak ada peluang bertanding di kerusi DUN Meradong kerana mereka belum komponen BN.
“Di Meradong pastinya kawasan ini hanya ada BN dan DAP sahaja yang bertanding pada PRN akan datang,” katanya pada Majlis Perasmian Bekalan Eletrik Luar Bandar (BELB) di Rumah Suring, Bintangor semalam.
Acara perasmian dilakukan oleh Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Meradong Christie Tengku.
Menurutnya, beliau percaya rakyat di DUN Meradong lebih bijak memilih siapa wakil rakyat mereka pada PRN akan datang.
Ini kerana sejak pembangkang memegang kawasan tersebut tidak ada pembangunan dilakukan untuk rakyat Meradong.
“Bagaimanpun, semua itu adalah terpulang pucuk pimpinan BN memilih siapa lebih sesuai menjadi calon di DUN Meradong pada PRN akan datang,” jelasnya.
BS

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY