'/>

PERUTUSAN YAB KETUA MENTERI SARAWAK SEMPENAN HARI MALAYSIA

1) Hari Malaysia di Sematan pada tahun ini diadakan dengan suatu harapan yang besar kepada rakyat Sarawak;

2) Sambutan ini merupakan pertama kalinya diadakan di tempat yang kecil seperti Sematan semenjak 16 September 1963;
3) Sambutan di Sematan ini merupakan simbol keazaman kita untuk memberi harapan kepada masa hadapan yang lebih cerah untuk rakyat yang berada di luar bandar;
4) Kita sudah menambah dan akan menambah peruntukan untuk pembangunan luar bandar di negeri ini;
5) Tumpuan kepada pembangunan luar bandar bukanlah sesuatu yang baharu kepada Negeri Sarawak kerana selama ini bajet Negeri Sarawak memberi peruntukan 70% kepada pembangunan yang kebanyakannya berlaku di luar bandar;
6) Ini tidak berlaku di negeri-negeri lain di mana bajet-bajetnya sebenarnya 30% pembangunan dan 70% perbelanjaan operasi.
7) Lebuh raya Pan-Borneo dari Sematan ke Telok Melano telah dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam;
8) Sematan menandakan suatu perjalanan dari Sematan ke Lawas setelah menunggu lebih 50 tahun;
9) Ini adalah suatu perjalanan untuk memperhebatkan lagi pembukaan kawasan luar bandar di sepanjang jajaran lebuh raya ini bermula dari Sematan ke Lawas;
10) Lebuh raya ini bukan sekadar penghubungan antara suatu tempat dengan tempat yang lain tetapi juga akan menjadi pemangkin pembangunan di sepanjang jajaran lebuh raya ini;
11) Perjanjian Malaysia dan Perlembangaan memberi kuasa kepada Sarawak dan juga Sabah menjadi negeri yang mempunyai autonomi dalam beberapa bidang; Imigresen, perhutanan, dan lain-lain berada dalam bidang kuasa Sarawak;
12) Terdapat kuasa-kuasa ini masih berada dalam tangan Sarawak namun terdapat juga kuasa-kuasa ini sudah berada dalam tangan Kerajaan Persekutuan;
13) Terdapat juga kuasa-kuasa yang bertindih (overlapping) seperti JKR, Kebajikan, Alam Sekitar.
14) Bagi kuasa-kuasa bertindih kita mahu supaya penurunan kuasa (devolution of power) dari Federal ke Negeri dilaksanakan untuk memudah dan mempercepatkan ”decision making”.
15) Orang Sarawak sendiri lebih tahu apakah keperluan Sarawak dan bagaimana untuk melaksanakannya;
16) Namun janganlah tuntutan Sarawak ini disalah faham sebagai tindakan mahu keluar Malaysia;
17) Malaysia telah membantu Sarawak semasa susah dan terus membantu untuk perkara-perkara seperti pendidikan dan keselamatan;
18) We remain in Malaysia. Malaysia once, Malaysia now and Malaysia forever.
Selamat Hari Malaysia!
sumber:FB Adenan satem

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY