Sejak mula beroperasi pada tahun 2008 ,Pelabuhan Laut Dalam LKIM Tanjung Manis telah menghadapi masalah pendaratan Ikan yang tidak menggalakkan menurut YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Anak Numpang.
Kejadian sebegitu berlaku kerana disyaki banyak vessel tidak mendarat tangkapan di pelabuhan tersebut.
Bagi menangani masalah tersebut ,Jabatan Perikanan Laut Sarawak Dan lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan pendaratan Ikan di Pelabuhan Tanjung Manis.
Antara langkah yang mula memberi kesan ialah dengan memperketatkan syarat lesen dimana pemegang dikehendaki mendarat Ikan mengikut kuota bulanan yang ditetapkan Oleh JPLS.
Pembaharuan lesen akan bergantung kepada pencapaian kuota.Sistem ini berjaya mengurangkan bilangan lesen yang tidak aktif .Keberkesanan sistem ini akan menjadi ketara dalam tahun 2016 khususnya dari segi kuantiti pendaratan Ikan.
No comments: