'/>

Pilihanraya Sarawak hanya mengenai Adenan bukan Najib

PRN HANYA MENGENAI ADENAN BUKAN NAJIB.

Setiap rakyat di seluruh pelusuk negeri Sarawak sudah cukup bijak untuk menyedari bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah hanya mengenai pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, di mana beliau melakukan banyak perubahan mengagumkan terhadap negeri Sarawak dalam masa dua tahun yang cukup singkat.
PRN hanya mengenai Adenan bukan Najib. Kenapa harus menghukum Adenan berbanding memberinya ganjaran atas kerja bagus yang dilakukannya dalam masa dua tahun. Jangan mudah dimanipulasi oleh DAP (Parti Tindakan Demokratik) yang sekadar mahu memenangi kerusi – kerusi ditandingi semata – mata.

Datuk Seri Fadillah Yusof (Ketua Pemuda BN Sarawak) dalam kenyataannya juga turut mempersoalkan sumbangan DAP Sarawak sejak memenangi banyak kerusi pada PRN lepas selain bergaduh sesama sendiri dan kepincangan dalam parti sehingga berpuak – puak.

Fadillah turut menyifatkan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sebagai ahli politik terdesak apabila mengeluarkan kenyataan tidak sihat bagi rakyat Sarawak untuk tidak menyokong parti berasaskan Sarawak untuk Sarawak. Kita juga terkejut apabila DAP membuat serangan peribadi terhadap Adenan apabila menyatakan ‘Adenan mungkin nampak baik buat masa ini, tetapi semua pemimpin rasuah dan kejam bermula sebagai pemimpin yang baik dan kemudian kuasa mutlak dimiliki telah merosakkan mereka. Oleh itu, Fadillah menyeru rakyat Sarawak untuk terus memberi sokongan padu pada Adenan serta berdiri teguh dibelakang Adenan untuk memimpin Sarawak berterusan.
//Mohamad Faishal//

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY