'/>

Bonus untuk kakitangan awam dan pesara Kerajaan

Kira-kira 1.6 juta penjawat awam dan sejuta pesara kerajaan akan menerima bonus masing-masing sebanyak RM500 dan RM250, esok.

Pemberian itu membabitkan peruntukan RM645 juta, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, pada 23 Oktober lalu.

Berdasarkan pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini, pemberian itu bukan sahaja membabitkan pegawai awam lantikan tetap, malah kakitangan kontrak.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY