Sikap putar-belit dan pembohongan DAP pusat dan negeri tidak mempunyai impak besar kepada kedudukan dan peluang kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN 2016 Sarawak tidak lama lagi.
Kita sudah biasa dengan segala bentuk tohmahan dan fitnah tipikal DAP dan rakyat semakin sedar serta menolak impian kabur DAP selama ini. Malah dari perkembangan politik semasa dalam negeri, jelas dan terbukti rakyat bertambah yakin BN akan menang besar pada PRN akan datang, serta
merampas kembali beberapa kerusi yang diduduki pembangkang.
Tetapi yang penting komponen BN harus ada kepercayaan boleh menang, bersatu padu dan tidak bergaduh sesama sendiri seperti DAP dan PKR. Kalau sebelum ini kekuatan adalah hasil kesatuan dan kesepakatan parti-parti komponen BN, sepatutnya semangat juang dan kekuatan ini harus dipertingkat dan diperkasakan lebih lagi disemua peringkat supaya dapat memberi mandat yang lebih besar kepada kepimpinan negeri Sarawak. # Iboh pelok bulu lamak gilak #
No comments: