Parti itu juga akan mempertaruh calon bukan Islam dan pengumuman akan dibuat pada 12 Mac ini.
KUALA LUMPUR: PAS mengesahkan parti itu akan bertanding 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka pada April ini.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu akan mempertaruhkan calon bukan Islam dari sayap penyokongnya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Katanya, pengumuman calon-calon akan dibuat pada 12 Mac ini di Sarawak.
“Kita telah menerima maklum balas daripada PAS Sarawak dan calon-calon ini akan dirujuk kepada Majlis Syura untuk kelulusan pada Mac ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, PAS masih lagi mengadakan perbincangan dengan PKR tentang pertindihan satu atau dua kerusi.
“Kita hanya akan bertanding di kawasan yang yakin boleh menang,” katanya.
No comments: