'/>

Projek jalanraya Sarikei- Tanjung Manis akan diteruskan..

Projek jalan raya yang menghubungkan Sarikei Tanjung Manis dengan kos RM45juta sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini akan tetap diteruskan.

Demikian menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Adenan Haji Satem.

Selain itu , beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan untuk penambahbaikan kompleks sukan Sarikei.

"Hujung bulan ini, saya minta jawatankuasa stadium untuk berjumpa saya di pejabat untuk menerima cek peruntukan". Katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh orang ramai yang membanjiri kompleks sukan Sarikei di sini.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sarikei di sini sebentar tadi.

Sumber:myBelawai

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY