'/>

Adenan tiba di Astana Negeri Sarawak

Adenan tiba di Astana Negeri, jumpa Abdul Taib bincang tarikh bubar DUN

PETRA JAYA: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tiba di Demak Jaya, di sini sebentar tadi untuk mengadakan pertemuan rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

  Adenan yang menaiki kenderaan rasminya dilihat memasuki kediaman peribadi Abdul Taib kira-kira jam 9.45 pagi dengan diiringi beberapa pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri.

  Bagaimanapun, pertemuan itu dilakukan secara tertutup, dengan pihak media hanya dibenarkan membuat liputan di bahagian luar kediaman berkenaan.

  Difahamkan, pertemuan itu adalah rutin biasa bagi Adenan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Sarawak, khusus bagi memaklumkan Abdul Taib mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran kerajaan negeri.

  Malah, kedua-dua pemimpin dipercayai turut memanfaatkan pertemuan itu bagi menetapkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diadakan.

  Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini mengemukakan tarikh cadangan penamaan calon pada 18 April, manakala hari pengundian pada 30 April untuk dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan. (bh)

[Info dan foto ehsan Anakmatokl Amkl .. terima kasih]

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY