SEMOP:KAWASAN utara Pulau Bruit terus mendapat perhatian kerajaan negeri dengan sumbangan RM300,000 untuk membaiki jalan kampung di kawasan tersebut.
Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdullah Saidol berkata, kampung yang menerima peruntukan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ialah Penibong, Penuai dan Betanak.
"Setiap kampung itu menerima RM100,000. Saya luluskan RM40,000 untuk kerja menyelengara jalan Klinik Betanak. Pada masa sama, masjid sekitar Pulau Bruit mendapat enjim pam air yang bernilai RM4,500. Saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk melaksanakan fardu kifayah jika berlaku kematian," katanya.
Terdahulu beliau hadir menyempurnakan majlis penutupan rasmi Bengkel Keibubapaan anjuran Kemas P206 Tanjung Manis, di Kampung Betanak.
Sumber :Sarawak edition
No comments: