'/>

LIM GUAN ENG CHAUVINIS, RASIS, BEBAL DAN PERLU CERMIN DIRI - ABDULLAH SAIDOL

LIM GUAN ENG CHAUVINIS, RASIS, BEBAL DAN PERLU CERMIN DIRI - ABDULLAH SAIDOL

Lim Guan Eng sepatutnya cerminkan diri sendiri dulu sebelum menuduh Adenan seorang Ketua Menteri yang tidak adil.

Lim Guan Eng sebenarnya tidak faham intipati kesungguhan dan keberanian Adenan seorang anak jati negeri Sarawak sebagai Ketua Menteri di mana antara tanggungjawab beliau ialah memastikan keharmonian masyarakat negeri Sarawak yang berbilang bangsa tidak tergugat.

Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bebal untuk memahami ini semua kerana dia bukan anak jati Negeri Pulau Pinang dan majoriti masyarakat di Pulau Pinang akan kata Guan Eng adalah seorg Ketua Menteri yang paling rasis, chauvinist dan pembohong.

Lim Guan Eng datang pijak bumi negeri kita dan dia dengan selamba menghina pemimpin kita serta membuat andaian bahawa kita di Sarawak ini berfikiran mundur.

Dia tidak menghormati kedaulatan serta hak negeri kita yang termaktub dalam perlembagaan.

DAP Sarawak yang saya anggap sebagai talibarut DAP pusat di semenanjung di masa-masa yang lepas sentiasa menjemput rakan-rakan mereka dari semenanjung seperti Tony Pua dan Teresa Kok untuk memberi ceramah di Sarawak dengan menabur berbagai fitnah yang melampau serta menghina kita seolah-olah masyarakat kita tidak matang berfikir.

Ceramah mereka yang sentiasa dalam bahasa cina sentiasa ada unsur-unsur perkauman dan putar-belit yang tidak berasas.

Mereka sering bercakap tentang keadilan, integriti dan ketelusan. Apakah semua itu diamalkan di Pulau Pinang yang sekarang ini di jajah oleh regim chauvinist DAP?

Lim Guan Eng serta pengikutnya boleh berbohong dan berputar-belit di Pulau Pinang tapi bukan di Sarawak.

Laksa Sarawak lebih sedap serta berperisa berbanding Laksa Penang bermaksud kita di Sarawak unik, berbilang kaum serta budaya.

Guan Eng harus sedar bahawa ayam tambatan utama beliau di Sarawak iaitu Chong telah gagal menerajui DAP menjadi sebuah parti yang mampu menjanjikan perubahan.

Dalam piliharaya yang lepas DAP menang banyak di Sarawak kerana masyarakat Cina berpendapat dan percaya DAP akan dapat menjaga kepentingan mereka.

Ternyata pilihan mereka silap kerana kepimpinan DAP Sarawak yang ada sekarang hanya sibuk berpolitik sepanjang masa sejak mereka dipilih dan juara menyalak di surat khabar serta halatuju perjuangan yang berasaskan budaya politik konfrantasi dan huru-hara jalanan.

Mereka yang percaya kepada hipokrasi politik DAP adalah golongan yang terjebak dalam dunia idealisma yang rapuh dan berpendirian cetek serta seronok sendiri.

BN Sarawak akan menang besar, masyarakat cina akan rugi jika tiada wakil dalam kerajaan yang memeritah. Jika mereka masih percaya kepada DAP, biarkan pemimpin-pemimpin DAP mengurus masalah mereka.

Sebaliknya, kerajaan BN yang memerintah nanti harus memberi tumpuan sepenuhnya kepada kawasan yang sentiasa setia menyokong polisi kerajaan BN terutama sekali kawasan pendalaman.

Jangan beri susu kepada kera di hutan sedangkan anak yang dikendong menangis kelaparan.

Abdullah Hj.Saidol
Calon Semop
Bekas Chairman, BNBBC Sarawak

-SarawakLive

Credit : Sarawak LIVE

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY