KUCHING: Tidak semua penduduk Semenanjung Malaysia melabelkan pengundi Sarawak yang memilih Barisan Nasional (BN) sebagai bodoh, tidak berpelajaran, tidak maju dan masih memakai cawat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol berkata mereka yang bersikap demikian ialah daripada kalangan penyokong parti-parti pembangkang.
“Tidak semua orang Semenanjung sedemikian. Mereka yang menunjukkan sikap buruk dan menghina kebanyakannya mereka yang menyokong pembangkang.
“Mereka adalah orang yang tewas,” katanya diminta mengulas mengenai reaksi sesetengah penduduk Semenanjung Malaysia ekoran kejayaan besar BN dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 baru-baru ini.
Tatkala mendakwa orang lain sebagai tidak bertamadun dan tidak terpelajar, golongan itu sebenarnya menonjolkan sikap sebagai pelampau kaum atau agama dan kauvinis.
“Ya Ketua Menteri bertindak betul dalam membuat keputusan berani menyekat masuk mereka yang berniat tidak baik memasuki Sarawak.
“Kita warga Sarawak tidak perlu bertindak melampau terhadap layanan nakal oleh mereka yang berfikiran jahat dari Semenanjung Malaysia,” jelasnya.
Sebaliknya, warga Sarawak sewajarnya mempamerkan kepada mereka keunikan gaya hidup kita yang mengetepikan perkara yang menggalakkan kebencian, konfrontasi dan tohmahan liar, katanya.
Jelasnya lagi, pembangkang mungkin enggan mengakui tetapi hakikatnya kekalahan mereka di banyak kerusi disebabkan cara kempen pilihan raya yang tidak elok.
Kekecohan katanya, tidak diterima di mana-mana negara termasuk negara maju kerana tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat.
“Rakyat Sarawak memerlukan perubahan dalam bentuk pembangunan dan kebajikan tetapi kita akan melakukan dengan cara lain dan tidak akan memusnahkan keharmonian dan perpaduan kaum dalam melakukannya.
“Cara terbaik melayan orang yang nakal seperti ini ialah dengan membalas mereka dengan baik dan senyuman,” katanya.
Home
Hanya penyokong Pembangkang menghina Rakyat Sarawak
Posted by
meradongtoday
|
Thursday, 12 May 2016 |
08:30:00
No comments: