'/>

Abdullah Saidol kekal sebagai Pengerusi BNBBC Sarawak dan Ketua Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol kekal sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Negeri sementara setiausaha kelab baharu, ADUN Sadong Jaya, Aidil Lariwoo.

Barisan kelab tersebut turut menyaksikan ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan sebagai bendahari dan beberapa wakil rakyat baharu sebagai ahli-ahli BNBBC.

Abdullah berkata, Aidil dilantik sebagai setiausaha bagi menggantikan ADUN Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi yang dilantik sebagai Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Tele-komunikasi).

“Hari ini (semalam) kita mengadakan sesi perjumpaan bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bersama semua ahli BNBBC termasuk wakil rakyat baharu.

“Beliau (Adenan) berkongsi tentang apa yang dijangkakan daripada BNBBC (semasa persidangan DUN) selain mahukan semua ahli lebih agresif, memahami Perintah Am dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah ADUN dan Mesyuarat BNBBC di Kompleks DUN di sini semalam.

Abdullah berkata, bagi wakil rakyat dan ahli-ahli kelab baharu mereka juga bakal membuat ucapan sulung selain diberi peluang berdebat.

Namun, katanya Ketua Menteri juga mahukan ahli-ahli BNBBC bukan sekadar bercakap mengenai kawasan masing-masing tetapi yang penting secara keseluruhanan termasuk berkaitan negeri.

“Beliau juga mengingat-kan semua wakil rakyat BNBBC termasuk yang baharu menyampaikan penghargaan kepada pengundi yang mengundi sehingga menjadi ahli dalam DUN.

“Ketua Menteri mahukan kami lebih sensitif dengan isu-isu negeri ini bukan perkara berkaitan kawasan masing-masing sahaja selain bekerja-sama antara satu sama lain memandangkan kini ahli-ahli kita ada wakil Cina (SUPP),” katanya berbanding sebelum ini tiada wakil dari SUPP dalam BNBBC.

Abdullah menambah, kini semua wakil kaum diberi peluang menyertai debat dan berharap semua perkara berkaitan rakyat pelbagai kaum akan diwakili.

Malah, dengan adanya Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi semua wakil rakyat yang perlu dilaporkan dalam enam bulan sekali pastinya akan memantau kerja dikendalikan wakil rakyat lebih dekat.

BH

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY