'/>

Datuk Alexander Linggi Jugah akan dilantik sebagai menteri penuh?

KUCHING: Tan Sri William Mawan Ikom, bekas Presiden Teras tidak akan dilantik menjadi Menteri Kabinet Persekutuan.
The Borneo Post hari ini melaporkan, besar kemungkinan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Linggi Jugah akan dilantik sebagai menteri penuh.
 Datuk Alexander Linggi Jugah
Beliau dijangka bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Amar Douglas Embas sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Ahli Parlimen Kapit ini merupakan paling layak dari segi hierarki parti.
Uggah telah dilantik sebagai sebagai seorang daripada tiga orang Timbalan Ketua Menteri baharu oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.   Beliau menang kerusi Bukit Saban pada 7 Mei.
Uggah juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar menggantikan Tan Sri Alfred Jabu yang tidak mempertahankan kerusi Layar.
Sementara itu, jawatan Nanta, kata akhbar itu, bakal diisi Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong.
Kedua-dua mereka ialah Ahli Parlimen tiga penggal yang telah memperlihatkan prestasi yang baik.
Nanta merupakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), manakala  Sum ialah Ahli Majlis Tertinggi. Kini, PBB mempunyai 14 Ahli Parlimen setelah memenangi semua kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 2013.
Laporan itu menyebut, pelantikan mereka akan berkuat kuasa minggu depan, sekali gus menamatkan spekulasi sebelum ini bahawa Mawan yang digugurkan sebagai anggota Kabinet negeri Sarawak akan dilantik sebagai Menteri Persekutuan.
Bagaimanapun, semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata penyusunan semula kabinet tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat kerana masih memerlukan masa untuk penelitian. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Berita tentang rombakan dan pelantikan berkenaan semakin hangat selepas Barisan Nasional menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun.
Najib dijangka tidak akan membuat rombakan besar.
Namun, ada pihak yang berpendapat Mawan yang memohon untuk menyertai PBB, tidak wajar diberi jawatan itu, kerana kedudukannya adalah lebih junior berbanding Nanta. Kalaupun diterima, Mawan merupakan ahli biasa dalam PBB.
Jawatan itu memang berhak diberi kepada pemimpin daripada sayap Pesaka dalam PBB.
Nanta dipetik sebagai enggan mengulas tentang berita itu, namun berkata: “Saya tidak mendengar apa-apa tentang perkara itu. Tetapi jika benar, tentu saya gembira.”
Tentu keputusan itu tidak menjadi masalah bagi Mawan yang sanggup lakukan apa-apa sahaja.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY