'/>

Isu ' Rural Growth Center' Semop

Menjawab isu 'Rural Growth Center' (RGC) Semop yang dibangkitkan oleh YB Abdullah Haji Saidol ADUN Semop, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu bahawa pihak Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) sedang melaksanakan 37 buah rumah dan dijangka siap pada September 2016. Manakala baki 263 buah rumah akan dilaksanakan secara berperingkat -peringkat dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Januari 2018.

Menurut menteri, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM55 juta untuk melaksanakan projek penyediaan tapak, infrastruktur, ekonomi, ameniti sosial dan pembangunan komponen yang lain. Kementerian beliau kata menteri akan menjemput pihak berkepentingan termasuk YB Semop untuk turut sama dalam perancangan di RGC.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY