'/>

Warga Emas hilang cari rotan dijumpai

#Bintangor - Seorang warga emas yang sesat dijumpai oleh anaknya sendiri bersama Tuai Rumah dan penduduk kampung pada jam 8.30 pagi tadi.

Mangsa, Umat Ak. Kachang berumur 75 thn (Lelaki) ditemui dalam keadaan selamat dan lemah.

Mangsa diserahkan kepada pihak Ambulans untuk tindakan selanjutnya

Komander Operasi lapor terima laporan maklum bahawa mangsa berjaya dijumpai oleh anak beliau Tuai Rumah Johnny serta penduduk kampung pada jarak 1km dari Pos Kawalan Bomba pada jam 0836:00 hrs. 
(22.06.2016/Rabu)


Laporan penuh Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Y.S Tuan / Tuan / Puan.

Insiden: SAR hari ke-2.

Jenis/Alamat : Mangsa Hilang / RH Johnny Ak. Umat, Sungai Meradong, 96500, Bintangor, Sarawak. (Operasi Tamat)

Balai Terlibat: BBP Bintangor dengan keanggotaan 8 anggota diketuai oleh PB Lau Heng Sing bersama 3 anggota PBB.

Jarak dari balai: 03 km.

Status Operasi : Komander Operasi lapor terima laporan maklum bahawa mangsa berjaya dijumpai oleh anak beliau Tuai Rumah Johnny serta penduduk kampung pada jarak 1km dari Pos Kawalan Bomba pada jam 0836:00 hrs. 
(22.06.2016/Rabu)

Status Mangsa : Umat Ak. Kachang. Umur 75 thn (Lelaki). Dalam keadaan selamat dan lemah.Mangsa diserahkan kepada pihak Ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Operasi SAR ditamatkan serta merta.

Pasukan Alpha.
Gerakan Operasi Bomba Sarawak.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY