'/>

KEJUARAAN KE-9 BUAT SELANGOR DI SUKMA 2016

KUCHING: Sukma XVIII 2016 kini berakhir dan kontinjen Selangor telah mengesahkan kejuaraannya selepas mengumpul 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa pada hari penamat.

Kejuaraan di Sukma 2016 merupakan yang ke-9 buat kontinjen Merah Kuning selepas kali terakhir menjuarainya pada 2013 di Kuala Lumpur.

Selangor turut unggul di Sukma 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006 and 2013.

Acara renang menjadi penyumbang terbesar pingat kontinjen Selangor dengan kutipan 20 emas, 15 perak dan sembilan gangsa. Sejumlah 38 pingat emas telah menjadi rebutan dalam acara tersebut.

Selangor turut cemerlang dalam acara menembak dengan kutipan 6 emas, 7 perak dan 5 gangsa manakala atlet atlet gimnastik artistik menyumbang 4 emas, 2 perak, 2 gangsa di hari terakhir Sukma 2016. Pingat pingat emas terakhir Selangor turut disumbang oleh atlet tenis dan pelayaran.

Kontinjen tuan rumah, Sarawak menduduki naib juara dengan mengumpul sebanyak 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa.
Kontinjen Terengganu menduduki tempat ketiga dengan mengumpul 46 emas, 41 perak dan 44 gangsa. Tempat keempat juara bertahan Wilayah Persekutuan selepas mengumpul 40 emas, 42 perak dan 41 gangsa.

Namun, prestasi kontinjen Sarawak pada temasya kali ini memuaskan berbanding pencapaian pada SUKMA 2014 di Perlis dengan kutipan 48 emas, 32 perak dan 35 gangsa.

Selain itu, kontinjen Sarawak turut dinobatkan juara keseluruhan dalam 4 acara sukan iaitu 10-pin boling (11 emas, 4 perak, 1 gangsa), taekwondo (8 emas, 3 perak, 3 gangsa), pencak silat (6 emas, 4 perak, 2 gangsa) dan terjun (3 emas, 3 perak, 5 gangsa).

Manakala kontinjen Pahang pula yang unggul dalam acara menembak dan angkat berat menduduki tempat ke-5 dengan kutipan 30 emas, 25 perak dan 22 gangsa.

Juara keseluruhan acara karate, Pulau Pinang jatuh di tangga ke-6 dengan kutipan 25 emas, 12 perak dan 29 gangsa.

Jumlah pungutan pingat setakat jam 1.11pm (30 Julai 2016)

     Abu Kassim, Gani dan Zeti semua terbang ke Amerika Syarikat untuk bertemu pihak berkuasa US. Mereka terbang secara berasingan dan mengambil laluan yang berbeza tetapi berkumpul di Amerika Syarikat.
      Mereka kemudian bertemu pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk membincangkan apa maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk mengenakan Najib. Beberapa dokumen sebenarnya telah dipalsukan atau direka untuk mengukuhkan kes terhadap 1MDB.

Perangkap Yang Khairul Buat Untuk Abu Kassim, Gani Dan Zeti

PUTRAJAYA - Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara Jabatan Peguam Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Manakala, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Seri Mustafar Ali ditempatkan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

Sebuah bilik kuliah di tingkat bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini musnah terbakar.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.21 petang tadi selepas semua jemaah pulang sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

Api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian.

Puak-puak ini mendakwa, Khairul Azwan tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya dan lebih melucukan, Pemuda UMNO hari ini dilabelkan oleh mereka sebagai “penjilat tegar”.
Agak menghairankan, kenapa mereka begitu melatah sebaik sahaja laporan polis ini dibuat? Kenapa secara tiba-tiba, ramai pemimpin pembangkang tampil menafikan dakwaan dan laporan yang dibuat oleh Khairul Azwan?

http://www.pru14.tv/2016/07/28/kenapa-melatah-apabila-ada-laporan-polis-terhadap-zeti-kassim-dan-ghani/

Syabas dan Tahniah atas perlantikan semula sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati ditembak mati ketika memandu di Danau Kota, Setapak, di sini, petang tadi.

Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an ditembak dari jarak dekat di sebelah kiri dan keretanya oleh dua individu yang membonceng dua motosikal ketika mangsa berhenti di lampu isyarat di laluan dari arah Danau Kota menuju ke Jalan Genting Klang.

Setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif awal dan suspek terbabit.

Pada masa ini, suasana di lokasi kejadian agak tegang selepas ahli keluarga mangsa cuba merempuh kawalan dan halangan polis untuk melihat mayat mangsa dikenali sebagai Kanna.

Khairul Hafiz Pecah Rekod 100 Meter Kebangsaan

KUCHING - Pelari Melaka Khairul Hafiz berjaya memecah rekod kebangsaan dalam acara 100 meter apabila mencatat masa tidak rasmi 10.18 saat mengatasi rekod yang dipegang Watson Nyambek 10.30 saat.

Pelari tuan rumah Jonathan Nyepa sekadar menduduki tempat kedua apabila mencatat masa 10.36 saat sama masa dengan pelari Melaka Badrul Hisham juga dari Melaka yang menduduki tempat ketiga.

Kemenangan Khairul dalam acara 100 meter ini merupakan suatu kejutan kerana calon untuk memenangi emas terletak di bahu Badrul.

Lokasi Dewan Perdana SK Abang Amin.

Saratok:Seorang lelaki dilaporkan hilang, dikhuatiri menjadi serangan buaya ganas di Kg. Sessang, Roban, Saratok..

Dikhabarkan mangsa keluar rumah pada jam 13:30hrs (25.07.2016) untuk menangkap ikan di sungai, dan pada jam 21:00hrs orang kampung menjumpai sampan mangsa.

Mangsa: Suhaili bin Ladi berumur 62 tahun (masih belum dijumpai)

Setibanya di lokasi anggota Bomba hanya mengambil maklumat tentang mangsa dan lokasi yang dikatakan hilang, anggota Bomba bertindak membuat pencarian di tebingan sahaja kerana penglihatan malam agak terhad dan operasi ditangguhkan pada jam 00:02hrs (26.07.2016).
Foto by Sarawak update

Update: Tujuh Acara Akuatik Renang Final akan diadakan petang ini.

Turut kelihatan kehadiran  Ketua Menteri Sarawak untuk bersama-sama memberi sokongan moral kepada para atlit.
Foto by Friend of klxpress Sarawak.

Di waktu Isu Rasuah Guan Eng menjadi hangat tiba-tiba saja isu campur tangan negara asing terhadap 1MDB timbul secara mengejut. Persoalannya mengapa campur tangan ini berlaku? Siapa dalang kepada perbuatan ini dan apa tujuan mereka. Fikir-fikirkan lah.

Tangkapan terpantas:Juara..ling nai ping

Tangkapan terbanyak:Tuan Haji Jemain

Tangkapan terberat  Tuan Haji Jemain  

 Terima kasih kepada Semua sukarelawan yang membantu menjayakan pertandingan ini. 

Foto by keluangman

Jumlah pungutan pingat Sukma setakat jam 7:33 pagi,

UNTUK SEBARAN SEGERA KALI PERTAMA

Kementerian Kewangan dan 1MDB telah berulang kali menerangkan bahawa 1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low dan sebarang dana yang dihantar adalah kepada rakan perniagaan, PetroSaudi Inc. (PSI), yang dimiliki oleh Keluarga DiRaja Arab Saudi, Putera Turki dan Aabar Investment PJS yang dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi.

1MDB hanya berurusan dengan PSI dan Aabar sahaja. PSI telah membayar semula semua dana yang dilaburkan 1MDB beserta keuntungan.

Manakala dana yang dihantar kepada Aabar pula ketika ini sedang di dalam pertikaian kerana IPIC dan Aabar  mengatakan bahawa syarikat yang mana 1MDB telah menghantar dana tersebut  di British Virgin Island (BVI) tidak dimiliki oleh mereka.

Apabila 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama bersama Aabar Investment PJS di Abu Dhabi, perbincangan tersebut adalah bersama Pengerusi yang dilantik oleh Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Pengurusan Mohamed Badawy al-Husseiny yang keduanya disebut di dalam siasatan FBI bersama Jho Low.

Semasa perjanjian ditandatangani, 1MDB juga telah melibatkan peguam dalaman dan luaran untuk mengesahkan bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Dokumen Sijil Pematuhan (Certificate of Incumbency) telah dikepilkan bersama oleh Aabar di BVI, syarikat yang sedang di dalam pertikaian. Sijil ini telah dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited (OIL) yang berpangkalan di Hong Kong. OIL merupakan peneraju di dalam perbadanan antarabangsa dan perkhidmatan korporat.

Sijil Pematuhan tersebut telah mengesahkan bahawa dua orang pengarah Aabar Investments PJS Ltd di BVI adalah Pengerusi dan Pengarah Pengurusan Aabar Investments PJS, dan pemegang saham tunggal adalah Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Berpangkalan di Hong Kong, OIL mempunyai pejabat di BVI, Singapore, Taiwan, Shanghai, Beijing, Chenzen, Guangzhou, UK, Cyprus dan Dubai serta mempunyai sekitar 220 kakitangan.

Sekiranya dokumen rasmi, Pengerusi kepada syarikat induk, Pengarah Pengurusan kepada syarikat induk dan kedua-dua peguam dalaman dan luaran mengesahkan kepada 1MDB bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki secara sah oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, apa lagi yang 1MDB boleh lakukan untuk mengesahkan bahawa syarikat di BVI tersebut bukanlah sebuah syarikat yang palsu?

Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/OIL_(incorporations_and_corporate_services)

KUCHING - Stadium Sarawak hampir penuh pada malam ini dengan dibanjiri hampir 60,000 penonton yang hadir bagi menyaksikan perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 Sarawak

UPACARA  PENGEBUMIAN MANGSA TRAGEDI BUNUH KAMPUNG BARU

KITA dikejutkan dengan berita sedih yang menimpa 3 sekeluarga di Kampung Baru, Samarahan baru-baru ini. Pelbagai spekulasi bertiup kencang di media massa seolah-olah mereka lebih tahu daripada Polis.

Baru sebentar tadi upacara pengebumian 3 sekeluarga ya malang ini dapat dizahirkan setelah usai autopsi polis. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Salam takziah. Alfatihah. Amin.

Foto by -Rp-

KUCHING: Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superitendan Lee Chong Chern hari ini mengesahkan kematian tiga beranak di Kampung Baru, Kota Samarahan bebas daripada sebarang elemen jenayah.

“Tiada sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut. Kematian wanita terbabit berpunca daripada ‘menggantung diri’, dan bukannya ‘dibunuh’.

“Pasukan forensik yang melakukan autopsi terhadap ketiga-tiga mangsa selama lima jam bermula jam 8 malam tadi juga tidak menjumpai sebarang unsur-unsur pergelutan pada fizikal mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Wartawan yang menanti keputusan autopsi di Unit Forensik Hospital Umum Sarawak, lewat malam tadi.

“Bedah siasat juga mendapati kematian kedua-dua anak lelaki mangsa yang masing-masing berumur empat dan tujuh tahun, juga konsisten akibat keracunan bahan peluntur.

Dalam kejadian tragis tersebut, seorang ibu, Rohana Mohamad ditemui tergantung di dalam bilik tandas di kediaman ibu bapa angkatnya oleh anak saudaranya, manakala dua lagi anaknya, Adam Hadiman Noorahman, 7, dan Mohd Ikmal Danish Noorahman, 4, ditemui di atas katil di dalam bilik tidur, dengan bibir yang bertukar kehitaman.

Adam Hadiman ditemui dengan tidak lagi bernyawa manakala adiknya Ikmal Danish meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan.

Rohana yang sedang dalam proses perceraian dengan suaminya, seorang warga Saratok dipercayai mengalami tekanan kerana kesempitan hidup.

Kes ini kemudian menjadi viral apabila Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisoner Dev Kumar memaklumkan siasatan diambil alih oleh pasukannya, setelah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh, bukan ditakrif bunuh diri atau SDR seperti sebelumnya.

“Saya berharap orang ramai berhenti daripada mencipta sebarang spekulasi mengenai kematian mangsa kerana ia dikhuatiri mengganggu emosi keluarga.

“Biarlah mereka menguruskan jenazah dan menghadapi situasi ini dengan tenang,” kata Chong Chern lagi.

Jenazah ketiga-tiga mangsa dijangka dituntut keluarga pada hari ini dan akan disemadikan di kampung halaman mereka. – Sarawakvoice.com

Jumlah Pungutan pingat setakat jam 10.13 pagi ,(23 Julai 2016)

Rupanya macam tu je proses nak minta orang Barat ni berbunyi.
WAYANG DAN LAKONAN RIUH RENDAH JABATAN KEHAKIMAN AS

Raja Petra Kamarudin

Beberapa orang rakan telah menghubungi saya untuk bertanyakan samada saya akan memberi reaksi balas terhadap keterujaan terbaru yang melibatkan sidang media Jabatan Kehakiman AS semalam. Sebenarnya saya dan isteri sedang berada di Poland dan akan memandu ke Austria, suatu perjalanan yang memakan masa seharian.

Walau bagaimanapun, untuk memuaskan hati sebahagian daripada anda dan untuk mengelakkan dari dituduh enggan mengulas mengenai isu ini, saya akan menulis pandangan saya tetapi tidaklah sepanjang 3-4 mukasurat seperti biasa.

Pertamanya, saya pernah melihat keterujaan seperti ini tidak lama dahulu yang kemudiannya pudar dan mati dengan begitu sahaja. Sebagai contoh adalah kononnya terdapat kes di mahkamah Perancis yang diwar-warkan sebagai perbicaraan terbuka mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibbu.

Saya berasa begitu teruja dan telah pergi ke Paris untuk menghadiri perbicaraan tersebut yang turut disertai oleh editor Free Malaysia Today. Apa yang kami dapati adalah kami telah diberi maklumat yang salah oleh Suaram. Ia bukan suatu perbicaraan terbuka tetapi sekadar siasatan tetutup di dalam kamar hakim. Maksudnya, ia tidak terbuka kepada umum ataupun bukan suatu perbicaraan.

Seterusnya, kami dapati ia juga bukan tentang pembunuhan Altantuya tetapi mengenai samada terdapat warganegara Perancis atau entitinya yang terlibat dengan korupsi yang melibatkan penjualan dua buah kapal selam kepada Malaysia. Dan penyiasatan tersebut adalah semata-mata berdasarkan aduan Suaram yang mendakwa kononnya mereka mempunyai "locus standi" untuk membuat aduan tersebut yang kemudiannya terbukti sebagai aduan palsu.

Pengalaman tersebut merupakan satu anti-klimaks yang besar dan setelah bertahun-tahun sehingga hari ini, masih belum terdapat sebarang perbicaraan mengenai pembunuhan tersebut.

Episod terbaru Jabatan Kehakiman AS adalah hampir serupa dengan apa yang pernah kita percayai mengenai perbicaraan di Perancis. Selepas menonton video sidang media itu semalam, kelihatan Jabatan Kehakiman AS bercakap berdasarkan syak wasangka dan bukan berdasarkan fakta yang telah dibuktikan. Berdasarkan respon terhadap soalan yang ditujukan kepada mereka, mereka menjawab bahawa siasatan masih dilakukan dan sebahagian daripada fakta masih belum boleh disahkan lagi.

Adakah keterujaan AS akan berakhir seperti keterujaan Perancis beberapa tahun yang lepas? Sampaikan aduan di Perancis telah ditutup dan tidak lagi wujud. Sehingga kini, tiada siapa yang memaklumkan kepada kami sebarang berita mengenai perbicaraan di mahkamah Perancis yang sememangnya tidak wujud.

Maka sebelum saya menjadi teruja dan bergegas ke Washington pula, seperti yang pernah saya lakukan di Paris beberapa tahun lepas, marilah kita melihat ke arah manakah semua ini akan membawa kita.

Jabatan Kehakiman AS sedang mengambil tindakan berdasarkan aduan oleh ANC (Anti-Najib Campaign). Saya masih teringat akan perkara sama yang saya lakukan 16 tahun lalu, iaitu pada tahun 2000 (ketika itu adalah Free Anwar Campaign). Saya pergi ke Washington dan telah membayar sebuah firma pelobi AS agar dapat membawa kes 'tahanan politik' Anwar Ibrahim yang dibuat berdasarkan 'dakwaan palsu' dan 'bukti palsu liwat' untuk perhatian kerajaan AS.

Kaedah yang dilakukan di AS, seperti yang pernah saya sendiri lakukan, adalah dengan membayar firma AS sejumlah wang yang besar dan mereka akan melobi sehingga kes anda didengari. Pada akhirnya, tidak banyak perkara yang boleh berlaku (sama seperti kes Anwar yang saya bawa pada tahun 2000) tetapi anda boleh pastikan mereka akan membuat 'bising' sebanyak dan sekuat mungkin (seperti apa yang pernah kami lakukan pada tahun 2000).

Saya tidak pasti siapa yang dilantik Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk bekerja dengannya di AS (Anwar mempunyai saya pada tahun 2000). Tetapi siapa sahaja individu tersebut, Najib perlu memecat beliau dengan segera dan melantik individu lain yang tahu bagaimana untuk menjalankan tugas. Sekiranya Najib melantik saya dengan bajet beberapa juta, saya tahu apa yang perlu dilakukan. Saya pernah lakukan untuk Anwar dan jumlahnya tidak sampai RM1 juta.

Sudah semestinya, bagi rakyat Malaysia yang tidak tahu bagaimana perkara seperti ini dilakukan di AS akan menjadi kecoh dan menjadi teruja. Tetapi, bagi kami yang tahu bagaimana mekanisma ini berfungsi, saya akan kekal tenang dan terus memandu dari Poland ke Austria bersama isteri, seperti yang akan saya lakukan dalam tempoh 1 jam dari sekarang.

Apapun, kita akan berbicara lagi setelah saya sampai di Austria.

Majlis Sambutan Perayaan Hari Sarawak ini telah dirasmikan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak & turut dihadiri YAB Ketua Menteri Sarawak. Sambutan meriah dengan kehadiran tetamu kehormat & warga Sarawak menyaksikan menyambut Hari Sarawak pada hari ini 22 Julai 2016. Terdapat Persembahan Khas sempena Sambutan Hari Sarawak & juga Pameran Bersejarah menyusuri Kemerdekaan Sarawak.

#HariSarawak #SarawakDay #sodiakroks

Perjumpaan dan Mesyuarat ADUN N43 Daro, YB Safiee bin Haji Ahmad dengan semua ketua-ketua Masyarakat dan Kaum bagi kawasan N43 Daro di bawah pentadbiran Daerah Meradong.

Mesyuarat turut membincangkan pelaksanaan & perancangan beberapa projek seperti RTP, PBR, JPD, PMR dan lain-lain bagi kawasan N.43 Daro di bawah pentadbiran daerah tersebut.

#N43DARO
#SASA

21 Julai 2016, Khamis
Pejabat Daerah Meradong
Foto by FB Adun N43 Daro

Perbincangan bersama Pemanca,Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua Parti PBB N46 Meradong.

Macam tok pandangan seorang ustaz? Mudah percaya 100% dengan berita yang belum tentu sahihnya..kedua apa kenak mengenak dgn negeri sarawak dalam kes tok?x nya tauk hasil bumi sarawak tok banyak disalur ke melaya..ustaz?apa kata ktk urang?

KES TIGA BERANAK MAUT DI SAMARAHAN DISIASAT SEBAGAI KES BUNUH - POLIS

Kuching, 20 Julai  - Kes penemuan mayat dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun serta ibu mereka di sebuah rumah di Kampung Baru, Kota Samarahan malam tadi kini disiasat sebagai kes bunuh dan bukan lagi mati
mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata ia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata ketiga-tiga mayat tiga beranak itu kini berada di Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mereka.

"Polis akan meneliti laporan bedah siasat bagi memastikan sama ada berlaku pelakuan jenayah dalam kes tersebut," katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian itu, pihak polis menemukan dua kanak-kanak berkenaan dalam bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal
dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan.

Turut ditemui dalam bilik tidur itu ialah sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.

Seorang wanita yang dipercayai ibu mereka yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam bilik tandas rumah tersebut.

- BERNAMA

Dalam acara Final Taekwondo Female Heavy Open Over 73 petang ini menyaksikan Sarawak berjaya merangkul pingat emas yang disumbangkan oleh Nurul Nur Hafizza Mahdi menentang Nurul Nadhirah Norhisham dari Wilayah Persekutuan.

Kredit: Jiwa Bakti

Salam Takziah
Kota Samarahan: Seorang ibu dipercayai membunuh dua anaknya sebelum menggantung diri di rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Kota Samarahan di sini, malam tadi

Mayat wanita berusia 37 tahun itu ditemui tergantung dalam tandas rumahnya, manakala dua anak lelakinya masing-masing berusia empat dan tujuh tahun ditemui dalam bilik tidur kira-kira 8 malam

Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk kampung memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan

Menurutnya, polis membuat pemeriksaan di rumah itu dan menemui dua kanak-kanak lelaki di bilik tidur dengan mulut berwarna hitam

"Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala adiknya berusia empat tahun dalam keadaan kritikal dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Jantung Kota Samarahan

"Pemeriksaan lanjut menemui mayat seorang wanita tergantung dalam tandas," katanya

Katanya, polis menemui botol cecair peluntur dalam keadaan penutupnya terbuka berhampiran mayat kanak-kanak berkenaan, disyaki digunakan wanita itu untuk membunuh anaknya

"Kemungkinan wanita terbabit membunuh anaknya dulu sebelum menggantung diri. Tiada unsur jenayah lain ditemui di lokasi kejadian," katanya

Mayat dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY