KEJUARAAN KE-9 BUAT SELANGOR DI SUKMA 2016
KUCHING: Sukma XVIII 2016 kini berakhir dan kontinjen Selangor telah mengesahkan kejuaraannya selepas mengumpul 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa pada hari penamat.
Kejuaraan di Sukma 2016 merupakan yang ke-9 buat kontinjen Merah Kuning selepas kali terakhir menjuarainya pada 2013 di Kuala Lumpur.
Selangor turut unggul di Sukma 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006 and 2013.
Acara renang menjadi penyumbang terbesar pingat kontinjen Selangor dengan kutipan 20 emas, 15 perak dan sembilan gangsa. Sejumlah 38 pingat emas telah menjadi rebutan dalam acara tersebut.
Selangor turut cemerlang dalam acara menembak dengan kutipan 6 emas, 7 perak dan 5 gangsa manakala atlet atlet gimnastik artistik menyumbang 4 emas, 2 perak, 2 gangsa di hari terakhir Sukma 2016. Pingat pingat emas terakhir Selangor turut disumbang oleh atlet tenis dan pelayaran.
Kontinjen tuan rumah, Sarawak menduduki naib juara dengan mengumpul sebanyak 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa.
Kontinjen Terengganu menduduki tempat ketiga dengan mengumpul 46 emas, 41 perak dan 44 gangsa. Tempat keempat juara bertahan Wilayah Persekutuan selepas mengumpul 40 emas, 42 perak dan 41 gangsa.
Namun, prestasi kontinjen Sarawak pada temasya kali ini memuaskan berbanding pencapaian pada SUKMA 2014 di Perlis dengan kutipan 48 emas, 32 perak dan 35 gangsa.
Selain itu, kontinjen Sarawak turut dinobatkan juara keseluruhan dalam 4 acara sukan iaitu 10-pin boling (11 emas, 4 perak, 1 gangsa), taekwondo (8 emas, 3 perak, 3 gangsa), pencak silat (6 emas, 4 perak, 2 gangsa) dan terjun (3 emas, 3 perak, 5 gangsa).
Manakala kontinjen Pahang pula yang unggul dalam acara menembak dan angkat berat menduduki tempat ke-5 dengan kutipan 30 emas, 25 perak dan 22 gangsa.
Juara keseluruhan acara karate, Pulau Pinang jatuh di tangga ke-6 dengan kutipan 25 emas, 12 perak dan 29 gangsa.
No comments: