'/>

2 lelaki maut dan seorang perempuan putus tangan

Kuala Lumpur: Dua lelaki maut manakala seorang wanita putus tangan selepas ditetak sekumpulan lelaki bertopeng di sebuah pusat hiburan di Jalan Dutamas 1, Sentul, kira-kira jam 11 malam tadi.

Sumber polis berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv), dua buah kenderaan yang dinaiki sekumpulan lelaki berhenti di hadapan pusat hiburan itu dengan tiba-tiba sebelum menunjuk ke arah seorang mangsa yang duduk di hadapan pusat hiburan itu.

Katanya, kumpulan lelaki itu menyerang mangsa dengan parang beberapa kali sebelum meluru masuk ke dalam pusat hiburan pula dan menetak dua lagi mangsa termasuk wanita berkenaan yang bekerja sebagai juruwang di pusat hiburan berkenaan.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY