'/>

Atlet perahu layar SUKMA Sarawak maut kemalangan

Atlet perahu layar SUKMA Sarawak maut kemalangan
SKUAD perahu layar Sarawak menerima tamparan hebat menjelang SUKMA XVIII 2016 apabila atletnya, Muhd Syafiq Halias,15, maut setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Marina Bay, Miri, tengahari tadi.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 petang itu, mangsa meninggal dunia di
tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala rakannya, Muhammad Syafiq Hasnan,15, yang juga atlet perahu layar hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan motosikal dinaiki mereka hilang kawalan selepas melalui satu selekoh sebelum terbabas dan tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter.
Mereka dalam perjalanan ke jeti Marina Bay selepas membeli barang keperluan di sebuah kedai di pusat bandar.
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY