'/>

Guna Perintah Rasmi bawa Pulang Suspek #BillKayong

KUALA LUMPUR: Polis akan menggunakan perintah rasmi kerajaan untuk membawa pulang seorang lelaki berpangkat 'Datuk' yang merupakan seorang suspek kes pembunuhan Setiausaha PKR cawangan Miri,  Bill Kayong, yang kini dilaporkan berada di Australia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sarawak, Senior Asisten Komisioner S. Dev Kumar, memaklumkan suspek yang berpangkat 'Datuk' itu dilaporkan terbang ke Australia dua hari selepas insiden tembakan pada 21 Jun lalu.

"Dia (Datuk) antara tiga suspek yang diburu polis sebelum ini berhubung siasatan pembunuhan terbabit.

"Memang betul suspek telah ke luar negara dua hari selepas kejadian dan kita akan gunakan saluran rasmi untuk membawa pulang suspek," ujarnya 

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY