'/>

PBB tidak terburu-buru terima sembilan ADUN tanpa parti.

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan tergesa-gesa terhadap keputusan berhubung permohonan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa parti untuk menyertai parti itu.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata keputusan hanya akan dibuat selepas PBB menerima semua pembentangan rasmi daripada semua wakil rakyat terbabit.

Selain itu, katanya PBB turut memberikan peluang kepada sembilan ADUN tersebut berbincang dengan penyokong masing-masing bagi memutuskan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang hendak disertai.
“Kita beri mereka peluang untuk melakukan kerja mereka terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemu bual sempena majlis berbuka puasa Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, kelmarin.
Beliau menyatakan demikian bagi mengulas mengenai laporan bahawa lebih 1,000 ahli Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dari Pakan telah memohon untuk menyertai PBB, selepas delegasi diketuai bekas Ketua Pemuda TERAS, Zubrisky Bansang mengemukakan 1,678 borang keahlian kepada Setiausaha Agung PBB Datuk Stephen Rundi Utom di ibu pejabat PBB, baru-baru ini.
Sembilan ADUN memohon menyertai PBB ialan Tan Sri William Mawan Ikom (Pakan), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu) yang sebelum ini merupakan pemimpin Teras.
Selain itu ialah bekas pemimpin Parti Rakyat Bersatu (UPP) iaitu Datuk Dr Jerip Susil (Mambong), Ranum Mina (Opar) dan Dr. Johnical Rayong Ngipa (Engkilili) termasuk tiga bekas ahli PBB sendiri iaitu Miro Simuh (Serembu), Datuk Gerawat Gala (Mulu) dan John Ilus (Bukit Semuja).
Semua mereka juga adalah calon langsung BN pada Pilihan Raya Negeri yang lepas.
sumber:BP

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY