'/>

Sampai bila Astro terus KEBAL???


Kalau kat negara maju, dah lama dah ASTRO tutup atau dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Malangnya ASTRO yang bos besarnya adalah kroni ketat Mahathir, mempunyai 'kekebalan' daripada sebarang undang-undang di negara ini. Jadi, bebaslah ASTRO berbuat apa-apa sahaja, termasuklah melakukan penipuan halus terhadap para pengguna terutama sekali menerusi kenaikan kadar harga.


Dan lebih menarik lagi ialah, langganan ASTRO sudah menjadi satu perkara wajib memandangkan siaran televisyen tanpa menggunakan piring ASTRO, umpama berada di planet Marikh yang cuba berhubung dengan Bumi menggunakan walkie-talkie. Lebih banyak kuman dan bunyi srot-sret berbanding gambar dan suara siaran terutama sekali bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.

Walaupun suara-suara sayup mendesak agar ASTRO lebih telus dan menyatakan dengan lengkap harga pakej program, caj penalti dan sebarang perubahan harga yang dikenakan kepada pelanggan, suara-suara tersebut ditepis dengan begitu mudah oleh pihak pengurusan ASTRO. Apatah lagi SKMM dan Kementerian Komunikasi dan Multi Media pula, tidak berani berbuat apa-apa terhadap ASTRO sekaligus memberi isyarat bahawa SKMM dan KKMM sebenarnya berada di bawah atau sangat takut dengan ASTRO.

Pada 29 Jun lalu, seorang pengguna ASTRO memuatnaikkan status di Facebook mendakwa, dia telah dikenakan caj penalti yang tinggi oleh ASTRO sekiranya mahu menukar pakej dan menamatkan langganannya.

Pengguna itu mendakwa ASTRO mengeluarkan notis bayaran untuk pakej sukan naik sebanyak RM8 dan apabila dia mahu menamatkan langganan, dia telah dikenakan bayaran RM360.

Selain caj atau penalti tersembunyi, ASTRO juga perlu mempertimbangkan pemberian rebat atau pengurangan caj langganan jikalau berlaku gangguan siaran (tiada audio dan visual) akibat cuaca. ASTRO juga seharusnya berlaku adil kepada para pengguna kerana apabila mereka melakukan kerja-kerja menaikkan taraf untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, pelanggan perlu menukar set lama dekoder mereka kepada yang baharu iaitu ASTRO Beyond termasuk piring satelit.

Tahun lalu, SKMM pernah mengeluarkan kompaun terhadap ASTRO kerana melanggar peruntukan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Persoalannya sekarang membiarkan ASTRO bertindak sewenang-wenangnya sedangkan mereka sepatutnya yang menjadi mata telinga rakyat dan kaum pengguna? Rungugtan pengguna mengenai caj atau penalti tersembunyi yang dikenakan oleh ASTRO bukan perkara baharu. Pelanggan akan menerima pelbagai promosi untuk menambat pakej langganan mereka namun apabila mahu mengurangkan pakej program atau menamatkan perkhidmatan, pelanggan pula yang perlu membuat pembayaran yang sepatutnya tidak berlaku.

Berapa banyakkah DEDAK yang telah disediakan oleh ASTRO agar tiada sebarang tindakan dikenakan kepada syarikat kroni Mahathir itu? Berapa ramai pula konco-konco Mahathir berada di dalam SKMM dan KKMM yang bertindak membiarkan ASTRO berbuat apa-apa sahaja agar hati Tun Dr. Mahathir tidak terhentak seperti 1MDB membersihkan IPP daripada penguasaan syarikat-syarikat kroni yang kemudian diberikan alasan, Menteri Kewangan pada waktu itu adalah Anwar Ibrahim walaupun Mahathir adalah Perdana Menteri?

Siapa pun yang waras akan tahu, ASTRO tidak boleh sewenang-wenangnya menetapkan  harga pakej atau meletakkan caj atau penalti tersembunyi sehingga menyebabkan pengguna berasa tertipu.

Kerajaan menerusi SKMM dan KKMM perlu lebih tegas menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ASTRO, bukannya terus MEMEKUP TELUR seperti yang diamalkan sekarang!
sumber

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY