'/>

20 individu ditangkap kerana disyaki terlibat aktiviti perjudian

Seramai 20 individu ditangkap kerana disyaki terlibat aktiviti perjudian dalam 15 serbuan yang dijalankan dalam tempoh 25 hingga 31 Julai lalu di seluruh negeri ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar, suspek-suspek yang ditahan termasuk wanita dan seorang warga asing, berumur dalam lingkungan 18 hingga 48 tahun.

“Lima belas serbuan itu menjurus kepada penangkapan 20 individu yang terlibat dalam loteri awam tanpa lesen dan judi atas talian.

“Wang tunai berjumlah RM4,905 turut dirampas dalam serbuan tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY