46 AKTIVITI JUDI TUMPAS
Kuching: Polis Sarawak berjaya menumpaskan 46 aktiviti perjudian atas talian dan penjualan loteri awam tanpa lesen di negeri ini sepanjang minggu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, 46 serbuan yang dijalankan itu diadakan di 23 daerah negeri ini.
Menurutnya, seramai 72 individu ditahan berusia 14 hingga 70 tahun dalam serbuan itu dan merampas wang berjumlah RM37,722.
"Sebanyak 40 serbuan berkaitan penjualan loteri awam tanpa lesen, tiga judi atas talian dan tiga kerana berjudi di tempat awam.
"Polis merampas 20 komputer dan 16 tablet yang digunakan untuk judi atas talian dab pelbagai peralatan untuk penjualan loteri awam tanpa lesen sepert telefon bimbit dan mesin pencetak turut dirampas," katanya.
Katanya, serbuan akan terus dijalankan bagi memastikan Sarawak bebas dari aktiviti perjudian tanpa lesen.
Sumber: Harian Metro
No comments: