BEZA SEMANGAT PATRIOTIK BOTAK CHIN DENGAN MP KUCHING DAP, CHONG CHIEN JEN YANG TIDAK MAHU BERDIRI KETIKA NEGARAKU DIDENDANGKAN
Sempena Hari Kebangsaan tak lama lagi, aku nak berkongsi dengan korang satu kisah mengenai penjenayah paling terkenal di Malaysia, Wong Swee Chin atau Botak Chin. Dia ni bukan kepala botak, tetapi botak tu stands for tiga perkataan Hokkien yang bererti Tiada ( Bo ), Kerja ( Tak ) Chin ( Cina ) atau Cina Tiada Kerja atau ‘jobless Chinese’.
Ganas tak ganas Botak Chin, dia pernah rompak Kelab Selangor (Dataran Merdeka) pada Oktober 1975 dan bawa lari RM218,000 ketika itu! Bayangkan 41 tahun lepas pun dia berjaya dah sakau beratus ribu. Dia juga memiliki tak kurang dari 19 pucuk senjata, lima bom tangan dan lebih 1,000 butir peluru!
Kumpulan dia pernah cari dan tembak pegawai polis yang menyiasatnya sampai cedera parah. Masa dia ditahan di Penjara Pudu, dia bukan saja mengamuk, membelasah dan menikam wadar dengan benda tajam, malah dia dah siap rancang nak bom penjara tersebut!
Namun di sebalik betapa ganasnya manusia bernama Botak Chin, izinkan aku berkongsi sedikit 'sisi putih' penjenayah ini untuk kita renung bersama menjelang Hari Kemerdekaan tak lama lagi.
Menurut pakar psikiatri yang memantau perilaku penjenayah itu, Tan Sri Dr. Mahadevan, suatu hari ketika dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk menjalani pemeriksaan jiwa, doktor berkenaan secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Botak Chin, telah memasang kamera litar tertutup, macam CCTV lah, dalam bilik khas yang menempatkan penjenayah tersebut.
" Masa kat sana, dia hanya minta TV kerana dia nak tengok semua rancangan dari mula sampai habis siaran. Seperti biasa, setiap kali bila nak tamat siaran di tengah malam, RTM akan memainkan lagu Negaraku.
" Terus terang, saya bagaikan hampir tidak percaya kerana lelaki yang terkenal dengan kes-kes jenayahnya itu AKAN BANGUN setiap kali lagu Negaraku berkumandang!," kata Mahadevan dalam satu temuramah dengan NST kira-kira 36 tahun lalu.
Tidak cukup dengan itu, Botak Chin juga sangat mengagumi Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abd Razak sehingga dia telah menghantar kalungan bunga dan merakamkan simpatinya dalam bentuk kad sewaktu arwah meninggal dunia pada tahun 1976! Dia merujuk Tun Razak sebagai 'Perdana Menteri saya yang tercinta' dan turut melahirkan kekagumannya terhadap Tunku Abd Rahman.
" Bukan senang nak jaga Malaysia...ada tiga kaum besar tau. Bila saya jadi ketua gangster baru saya tau bukan mudah mau jadi pemimpin," katanya.
Nampak? Gangster dan taiko besar pun ada semangat patriotik, orang sekarang? Ermmm malas nak cakaplah.
Botak Chin dijatuhkan hukuman gantung pada 11 Jun 1981. Antara kata-kata yang dia pernah sebut;
" Saya bukan pembunuh, saya penjatuh hukuman. Saya TAIKO! Kalau saya kena gantung nanti, adakah anda nak cakap pegawai penjara itu pembunuh? Sudah tentu tidak. Dia hanya menjalankan tugas ". Sebelum mati, Botak Chin minta mata dan buah pinggangnya didermakan pada mereka yang memerlukan. Dan tak siapa tahu, adakah 'wasiatnya' itu telah ditunaikan atau sebaliknya.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan tak lama lagi. Sejauh mana patriostisma korang?
No comments: