'/>

Lelaki Parah bergaduh...

SARIKEI: Hanya bersenjatakan objek keras, seorang lelaki menyebabkan lawannya parah, manakala dua yang lain, dipercayai adik mangsa bertempiaran lari biarpun memiliki senjata parang di tangan.

Dalam kejadian berdekatan sebuah bank di Jalan Abdul Razak, di sini malam semalam, mangsa yang berusia 38 tahun dan adik-adiknya dikatakan membuat kecoh dengan membawa parang ke lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Mat Jusoh Muhamad berkata, sekitar jam 7.30 malam, seorang lelaki yang tidak dikenali identiti mereka telah menghampiri mangsa, sebelum berlaku pertengkaran.

“Setelah beberapa minit bertengkar, suspek mengambil satu objek keras sebelum memukul mangsa sehingga rebah.

“Apabila melihat mangsa cedera dipukul, kedua-dua adiknya melarikan diri dan meninggalkan senjata parang yang dibawa tidak jauh dari lokasi.

Kata Mat Jusoh, suspek turut melarikan diri setelah melihat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut kemudian segera menghubungi pihak polis.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut dan berdasarkan pemeriksaan, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan bahu.

Kata Mat Jusoh lagi, motif kejadian masih disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

“Ketika ini kami sedang mengesan mereka yang terlibat termasuk suspek,” tambahnya. – Sarawakvoice

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY