'/>

TPM mencetuskan sejarah...

Hari ini dalam sejarah Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam daripada pelbagai parti tidak kira kerajaan mahupun pembangkang berkumpul bersama untuk berbicara secara terbuka dan ikhlas mengenai cadangan pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah yang menjadi bahan polemik dalam masyarakat kini.

Tahniah kepada YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri yang mencetuskan inisiatif bermakna ini. Yang penting pimpinan parti-parti siyasah bersepakat bahawa usaha memartabatkan Islam mesti menjadi agenda bersama.

Kita boleh berbeza pandangan tetapi dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan Islam dan Ummah, mesti bermuafakat dan bekerjasama. Moga ini menjadi satu budaya baru dalam perpolitikan di Malaysia hari ini dan masa akan datang.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
22 November 2016

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY