'/>

Wakil Rakyat Sarawak dinasihati menyelesaikan segalanya masalah dihadapi rakyat...

KUCHING - Semua wakil rakyat parti Barisan Nasional (BN) di negeri Sarawak dinasihatikan agar mengenal pasti dan cuba untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi rakyat, bukannya mencanangkan retorik politik semata-mata. 

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdullah Saidol berkata, perkara berkenaan dinyatakan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patiggi Tan Sri Adenan Satem ketika menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Sarawak dalam satu mesyuarat tertutup di Kuching semalam. 

Di samping itu juga, beliau turut menambah yang Adenan juga telah menyeru wakil rakyat supaya bersuara dengan lebih lantang dan ikhlas dalam mengetengahkan segala isu yang dihadapi rakyat di kawasan masing-masing.

"Beliau (Adenan) juga telah menyebut secara khusus isu isu seperti kesukaran rakyat untuk  mendapatkan bekalan minyak masak dan sekolah di luar bandar yang berada dalam keadaan uzur.

"Beliau mahu semua wakil rakyat di negeri ini di bawah BN itu sendiri menunaikan janji yang dibuat pada masa pilihan raya, termasuk janji yang oleh para pemimpin BN dari Semenanjung yang datang membantu dan menyatakan janji-janji semasa berkempen pada pilhanraya lepas," katanya.

Di samping itu, Adenan juga yakin akan mendapat respons positif daripada kerajaan persekutuan berkaitan dengan segala perbincangan mengenai penurunan kuasa pentadbiran kepada kerajaan negeri seperti yang diminta oleh Sarawak.

Beliau turut memaklumkan yang Adenan tidak mahu perkara itu dijadikan modal oleh pihak pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber :klxpress Sarawak

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY