'/>

Adik TPM Meninggal Dunia.

KUALA LUMPUR: Adik Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Dzulfikri Hamidi, meninggal dunia pada jam 11.30 malam tadi di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Wangsa Maju, di sini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mengesahkan perkara itu menerusi akaun Twitternya berkata, jenazah adiknya akan dikebumikan di Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak selepas solat Jumaat, hari ini.

Arwah yang berusia 45 tahun sebelum ini mengalami komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Sumber www.bharian.com.my

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY