'/>

Dua wanita maut kemalangan jalanraya di Jalan Sibu - Sarikei

Dua wanita maut kemalangan jalanraya di Jalan Sibu - Sarikei

SIBU - Dua orang wanita disahkan maut dalam satu kemalangan kereta selepas kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka bertembung dengan kereta Pacuan Empat Roda di  Pradom, Jalan Sibu-Sarikei, petang tadi.

Kedua dua yang tersepit dikenali sebagai Chong Jai Fong, 33 tahun dan Ranie Kaw 32 tahun yang mana mereka disahkan  maut ditempat kejadian oleh pihak ambulans yang turut berada dilokasi.

Pihak bomba yang menerima panggilan pada jam 4.02 petang telah mengerakkan  lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa dan mangsa yang berjaya dikeluarkan telah dibawa ke hospital Sibu untuk bedah siasat.

FOTO IHSAN JBPM NEGERI SARAWAK

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY